Bluesky Kini Mempunyai Ciri Senarai Topik Tular
December 27, 2024
Aplikasi
Effi Saharudin
Bluesky semalam mula memperkenalkan ciri Topic Trending yang memaparkan topik yang sedang tular di platform. Ia adalah antara ciri yang paling diminta pengguna kerana ia memudahkan pencarian topik yang paling hangat dibicarakan dengan ia mirip ciri diberikan di X dan juga Threads.
Topic Trending akan mengambil kiri perkataan yang telah dibisukan oleh pengguna. Maka tidak timbul topik yang tidak digemari akan disenaraikan di dalamnya. Untuk mengakses ciri Beta ini, pengguna hanya perlu menekan ikon kanta carian di dalam aplikasi. Ia boleh dimatikan dan pada ketika ini hanya menyokong topik tular dalam Bahasa Inggeris sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.