Carian
Siri OnePlus Ace 5 Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Dan Kamera 50MP
December 27, 2024 Amy Maizuraa

OnePlus melancarkan peranti baharu Ace 5 dan Ace 5 Pro secara rasminya di China. Kedua-dua peranti mempunyai perbezaan kecil untuk cip pemprosesan dan kapasiti bateri tetapi membawa pengalaman yang berbeza. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh untuk OnePlus Ace 5 dan Ace 5 Pro.

Skrin adalah sejenis LTPO AMOLED FHD+ 120Hz sebesar 6.78-inci dengan kecerahan puncak 4500nits. Cip Snapdragon 8 Elite menguasai versi Pro manakala Snapdragon 8 Gen 3-pula digunakan pada OnePlus Ace 5. Pilihan memori terdiri sehingga 16GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Selain itu menjalankan perisian ColorOS 15 yang dibina berasakan Android 15.

Kamera utama 50MP (Sony IMX906) OIS, 8MP (IMX355), 2MP (OmniVision OV02B) digunakan juga boleh merakam video maksimum 4K60FPS. Kamera hadapan pula sebesar 16MP yang hanya boleh merakam video 1080P. OnePlus menggunakan bateri 6415 dengan pengecasan 80W pada model Ace 5 manakala Ace 5 Pro dilengkapi bateri 6100mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Lain-lain spesifikasi termasuk imbasan cap jari di skrin, pembesar suara stereo, kalis air IP65 dan pemancar merah. Harga jualan peranti bermula RMB 2299 (~RM1,409) (Ace 5) dan RMB 3399 (~RM2,084) (Ace 5 Pro) dengan ketersediaan bermula 31 Disember 2024. Ace 5 sepatutnya dilancarkan di India dan pasaran global bulan depan sebagai OnePlus 13R dengan spesifikasi kamera dan bateri yang mungkin sedikit berbeza.

Komen