Beberapa bukan lepas, telah kami laporkan yang Apple mungkin akan menawarkan skrin nirbingkai penuh untuk iPhone 17. Dengan rekaan baharu skrin ini, sistem antena dalam iPhone 17 turut akan ditambahbaik. Terbaru, laporan The Elec menyatakan pembangunan skrin ini mungkin tergendala.
Menurut The Elec, skrin ini sukar untuk dibangunkan dan ia masih tidak matang. Malah sehingga hari ini, Apple dikatakan masih tidak menemui kata putus bersama Samsung Display dan LG Display untuk teknologi skrin zero-bezel atau bezel-sifar ini.
Tambahan sumber, Apple dikatakan ingin menawarkan skrin nirbingkai penuh dengan mengekalkan rekaan skrin rata serta rekaan tubuh iPhone yang dikenali ramai. Apple inginkan skrin iPhone yang seakan Apple Watch, di mana skrin yang terus melentur ke sisi peranti tetapi ia kekal rata. Bukan itu sahaja, skrin ini juga harus menjadi tahan lasak dan disambungkan dengan bahan gam lutsinar.
Diharapkan, menjelang iPhone 17 nanti kita akan mempunyai maklumat lanjut. Garis masa Apple untuk iPhone dengan skrin baharu ini adalah pada 2025 dan 20-2026, sama-sama kita nantikan.