Carian
Apple TV+ Mengacah Acara Khas Akan Berlangsung Pada 4-5 Januari 2025
December 27, 2024 Fahim Zahar

Apple TV+ adalah platform penstriman video tersendiri Apple yang menawarkan pelbagai kandungan video menarik. Dari filem, siri TV, dokumentari, konsert, animasi dan banyak lagi boleh dinikmati dengan harga langganan bermula RM298.90 sebulan. Baru-baru ini, Apple mengacah saru acara khas akan berlaku pada 4-5 Januari 2025.

Tidak banyak yang didedahkan selain dengan teks “See for yourself” pada gambar dengan pelbagai watak dari kandungan Apple TV+ bersama kapsyen Save the date.

Apple mungkin akan menawarkan akses percuma terhad kepada Apple TV+ seperti yang pernah mereka lakukan pada awal tahun ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut menjelang awal Januari tahun hadapan.

Komen