Empangan Tiga Gaung yang terletak di Sungai Yangtze ialah empangan hidroelektrik terbesar di dunia dengan ia memulakan operasi pada tahun 2003 selepas mengambil masa 9 tahun untuk dibina. Rekod yang dipegang Empangan Tiga Gaung ini akan dipintas pula oleh pembinaan empangan baharu di Tibet.
Ia akan dibina di Sungai Yarlung Zangbo (juga dikenali sebagai Sungai Brahmaputra) dengan ia boleh menghasilkan 300 bilion kWh kuasa elektrik setahun. Ini adalah lebih daripada tiga kali ganda output 88.2 bilion kWh setahun yang dijana oleh Empangan Tiga Gaung.
Kos pembinaan dianggarkan mencecah $137 bilion (~RM 612 bilion) yang juga akan menjadikannya antara projek pembinaan infrastruktur terbesar dunia. Bilakah pembinaan dimulakan dan tarikh operasi akan dimulakan belum lagi diumumkan oleh pihak berkuasa China.
Walaupun empangan belum lagi dibina, ia sudahpun menerima tentangan daripada India dan Bangladesh yang risau impak sebuah empangan gergasi ke atas aliran sungai yang merupakan sumber bekalan air mereka.