Carian
Kompaun DBKL Tidak Lagi Boleh Dibayar Menggunakan Maybank2U dan Aplikasi MAE Mulai 1 Januari 2025
December 27, 2024 Amy Maizuraa

Pembayaran kompaun DBKL melalui laman web Maybank2U dan aplikasi MAE tidak lagi tersedia mulai 1 Januari 2025. Perkara itu dikongsi oleh Maybank menerusi kenyataan rasmi di laman web rasmi pada hari ini. Ia juga disebabkan oleh DBKL akan menghentikan perkhidmatan pembayaran dalam talian melalui JomPAY dan Pembayaran Bil. Ini bermakna DBKL tidak lagi muncul sebagai pengebil untuk pembayaran kompaun.

Orang ramai boleh membuat pembayaran di Kaunter Pembayaran DBKL, POS Malaysia atau secara dalam talian melalui portal DBKLBayar, aplikasi PAY@KL atau aplikasi PBTPay. Perubahan ini hanya memberi kesan kepada pembayaran kompaun DBKL sahaja. Sementara itu pembayaran kepada DBKL untuk Cukai Taksiran, Cukai Tanah Rumah Jual dan lain-lain masih boleh dilakukan seperti biasa.

Komen