Pada hari Selasa lalu, Proba Suria Parker milik NASA mencatatkan rekod sebagai objek buatan manusia yang paling pantas dan juga paling dekat menghampiri matahari pernah dihasilkan. Selepas tiga hari, NASA hari ini mengesahkan Proba Suria Parker tidak mengalami sebarang kerosakan walaupun terdedah kepada suhu sehingga 980 darjah Celsius.
Ia akan menghantar maklumat data telemetri yang lebih terperinci kembali ke bumi pada 1 Januari depan. Tujuan proba dihantar sehampir mungkin ke matahari ialah bagi mengkaji bagaimana angin suria dihasilkan serta bagaimana bahan pada permukaan matahari dipanaskan sehingga suhu berjuta darjah Celcius.
Untuk menghampiri matahari, proba ini bergerak pada kelajuan mencecah 692,000 km/j. Pada kelajuan ini, perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Setar boleh dilakukan dalam masa 3.89 saat sahaja. Dua lagi misi mendekati matahari akan dilakukan Proba Suria Parker pada 22 Mac dan 19 Jun 2025.