Carian
OpenAI Mengumumkan Hasrat Untuk Mengubah Struktur Menjadi Syarikat Berasaskan Keuntungan
December 27, 2024 Aman

OpenAI hari ini berkongsi mereka sedang menilai untuk mengubah struktur korporat mereka, kepada sebuah syarikat berasaskan keuntungan. Langkah ini dikatakan diperlukan dalam usaha mencapai fasa pembangunan AGI serta memajukan kecerdasan buatan ke tahap seterusnya.

OpenAI telah diasaskan pada 2015 sebagai sebuah makmal kajian tidak berasaskan keuntungan. Namun, dari hari ke hari, dengan keperluan dana untuk pembangunan dan kajian, mereka telah mengubah struktur sedikit dan menerima pelaburan daripada sejumlah syarikat, termasuk Microsoft. Pada hari ini, OpenAI dikawal oleh badan tidak berasaskan keuntungan, sekaligus membuatkan ia mempunyai had dari segi penjanaan keuntungan dan perkongsian saham. Tetapi, bergerak kehadapan mereka sedang menilai untuk mengubah struktur menjadi syarikat berasaskan keuntungan sepenuhnya.

OpenAI mengatakan mereka tidak ingin menjadi sekadar sebuah syarikat rintis atau makmal pembangunan sahaja, tetapi ingin menjadi sebuah syarikat yang kukuh. Langkah mengubah struktur berasaskan keuntungan juga akan membolehkan mereka membangunkan syarikat selari untuk keperluan pemegang saham dan keperluan awam.

Salah satu kaedah yang dikongsikan oleh OpenAI adalah dimana mereka bahagian kepada dua bahagian, dimana bahagian berasaskan keuntungan akan memfokuskan kepada operasi dan perniagaan OpenAI, sementara bahagian tidak berasaskan keuntungan akan memfokuskan kepada inisiatif kebajikan dalam sektor seumpama kesihatan, pendidikan dan sains.

Komen