Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menekankan komitmen jabatan berkenaan dalam terus memastikan keselamatan jalan raya melalui penguatkuasaan lebih tegas dan sejumlah tindakan proaktif terhadap pelbagai faktor yang membawa kepada risiko kemalangan. Selari dengannya, beberapa langkah dikongsikan, dan salah satunya adalah melibatkan penggunaan teknologi.
Menurut JPJ, kini mereka mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penguatkuasaan. Teknologi ini dijangka digunakan untuk mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif, dan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
Buat masa ini, kaedah implementasi dan dimana ia akan digunakan masih tidak dikongsikan lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya bergerak ke hadapan.