Carian
Touch n Go eWallet Hadir Dengan “Wrapped” Tersendiri – Memperlihatkan Rumusan Perbelanjaan Tahun 2024
December 28, 2024 Aman

Menjelang penghujung tahun 2024, pelbagai aplikasi yang hadir dengan rumusan tahunan untuk memperlihatkan bagaimana seseorang menggunakan sesuatu aplikasi berkenaan. Kini, Touch n Go eWallet turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan fungsi seumpamanya kepada pengguna.

Bagi para pengguna Touch n Go eWallet, anda boleh ke halaman GoFinance dan mengakses fungsi yang dinamakan “Travel Back In Time”.

Melalui ciri ini, pengguna boleh melihat jumlah perbelanjaan untuk tahun berkenaan menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet, bulan yang anda berbelanja paling tinggi, berapa mata ganjaran yang anda telah tebus, dan pada penghujungnya memperlihatkan watak khusus berkaitan kaedah perbelanjaan anda.

Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh menyemak “Travel Back In Time” anda hari ini melalui menu GoFinance hari ini.

Komen