Sejak dua tahun kebelakangan ini terdapat beberapa laporan partikel plastik mikro ditemukan dalam testis, ginjal, dan pembuluh darah manusia. Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah ia memasuki tubuh manusia? Kajian saintis dari Autonomous University of Barcelona (UAB) kini mendapati berbilion partikel plastik mikro dilepaskan dalam setiap milimeter air oleh uncang teh apabila di digunakan untuk menghasilkan minuman. Tiga jenis uncang telah diuji dalam kajian ini iaitu polipropilena, selulosa dan nilon.
Uncang polipropilena melepaskan sehingga 1.2 bilion partikel untuk setiap mililiter air dengan saiz purata 136.7 nm. Uncang selulosa pula melepaskan 125 juta partikel dalam setiap mililiter air dengan saiz purata partikel 244 nm. Akhir sekali uncang nilon melepas 8.18 juta partikel untuk setiap mililiter air dengan saiz purata partikel 138.4 nm.
Walaupun saintis masih belum mengetahui impak plastik dalam tubuh manusia, terdapat hipotesis ia mengakibatkan mati pucuk pada lelaki dan juga isu ketidakseimbangan hormon. Kita mungkin mentertawakan kempen straw plastik tetapi hakikatnya impak plastik mikro ke atas tubuh manusia adalah isu jangka panjang yang serius.