REDMI memaklumkan peranti baharu Turbo 4 akan dilancarkan secara rasminya di China awal Januari hadapan. Ini bermakna bahawa ia menjadi yang terawal dikuasai cip MediaTek Dimensity 8400 yang dilancarkan tempoh hari. Menjelang pelancaran rasmi Redmi turut berkongsi rekaan peranti berkenaan menerusi beberapa imej promosi rasmi.
Ia menunjukkan peranti menggunakan persediaan dwi-kamera utama dengan salah sensor sebesar 50MP. Bonggol kamera menegak digunakan mempunyai rekaan yang mirip sebuah iPhone 16. Selain itu peranti menawarkan kemasan dwi-tona dengan garisan halus merah sebagai pemisah. Sebelah kanan peranti menempatkan butang kuasa dan audio. Dalam masa sama dijangka adanya pemancar merah di bahagian atas pula.
Redmi juga tidak mendedahkan secara terperinci tentang panel hadapan tetapi dijangka boleh dilengkapi skrin sejenis berlubang. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dengan melayari dari masa ke semasa untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti baharu Redmi ini.