NVIDIA pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran cip yang menguasakan sejumlah pembangunan model kecerdasan buatan di pasaran. Tidak setakat itu, bermula tahun 2025, NVIDIA turut sedang melihat untuk lebih memfokuskan kepada arena robotik.
Pada pertengahan pertama 2025 kelak, NVIDIA dijangka memperkenalkan penawaran komputer bersaiz kompak khusus untuk pembangunan robot, dinamakan Jetson Thor. Dengan menggunakannya, ia dijangka memudahkan para pembangun dan pelbagai syarikat menggunakannya dalam pembangunan robot masing-masing.
Dengan langkah ini, NVIDIA seterusnya dilihat mungkin menjadi penyedia penyelesaian utama untuk pembangunan kecerdasan buatan dan robotik bergerak kehadapan. Menurut FinancialTimes, langkah ini juga dilihat dalam memastikan kelangsungan syarikat NVIDIA sendiri, memandangkan sejumlah syarikat yang membangunkan model kecerdasan buatan telah mula hadir dengan cip tersendiri untuk melatih model masing-masing.