Carian
NVIDIA Mengambil Alih Run:ai Yang Mengoptimasi Penggunaan GPU Pusat Data AI
December 31, 2024 Effi Saharudin

NVIDIA melengkapkan pembelian Run:ai semalam selepas mendapat kelulusan badan siasatan anti monopoli EU. Pengumuman pembelian Run:ai pada harga $700 juta dilakukan pada April lalu. Syarikat tunas rintis yang berpangkalan di Israel ini menghasilkan perisian yang membantu mengurus dan mengoptimumkan infrastruktur perkakasan AI.

Sejurus selepas pembelian dimuktamadkan, Run:ai mengatakan perisian mereka akan beralih ke sumber terbuka. Selama ini ia hanya menyokong perkakasan keluaran NVIDIA tetapi kini akan menyokong juga perkakasan pengeluar lain seperti AMD.

Perisian Run:ai mengurangkan bilangan GPU yang diperlukan untuk melakukan pemprosesan AI. Ia berbuat demikian dengan mengoptimasikan prestasi yang menjadikan rangkaian neural lebih cekap. Menurut Run:ai, infrastruktur AI yang dikuasakan oleh perisian mereka boleh melalukan pemprosesan AI sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada sistem sedia ada.

Sebagai contoh perisian Run:Ai boleh melakukan beban kerja dua model AI serentak dengan penggunaan 75% GPU berbanding hanya satu model yang hanya menggunakan 60% GPU di pusat data. Optimasi penggunaan GPU ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga yang menjadi isu utama AI tetapi juga akan meningkatkan keuntungan kerana perkakasan digunakan dengan lebih baik.

Komen