LG akan mempamerkan rangkaian perkakasan rumah pintar baharu di CES 2025 yang berlangsung mulai 7 Januari 2025. Rangkaian perkakasan ini termasuk peti sejuk pintar 36-inch Smart InstaView French Door Refrigerator dengan panel pintu T-OLED. Panel sebesar 36-inci tersebut boleh digunakan sebagai paparan sesentuh atau menjadi telus sepenuhnya bagi tujuan pengguna melihat bahan makanan di dalam peti sejuk secara automatik tanpa perlu membuka pintu.
Ia juga dilengkapi dengan ThinQ Food Management System dan kamera AI terbina yang memberikan sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan oleh pengguna untuk meningkatkan keselesaan kegunaan dan pengalaman penggunaan. Misalnya seperti mengenali bahan makanan yang disimpan secara automatik, mencadangkan resipi berdasarkan bahan yang tersedia dan pilihan pengguna, serta menjejaki inventori dan tarikh luput.
Inovasi ini bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan makanan, perancangan menu, penyediaan makanan, menjimatkan masa pengguna dan menjadikan dapur ruang yang benar-benar selesa serta ideal. Sebagai tambahan, peti sejuk baharu ini juga menyediakan akses kepada senarai main muzik dipilih untuk bantu pengguna berehat semasa memasak