Poco adalah jenama yang mendapat perharian ramai disebabkan oleh penawaran seimbang melebihi jangkaan diharapkan oleh pengguna. Siri X antara peranti yang banyak digemari kebanyakan peminat setia. Selain itu sesuai dijadikan pilihan menarik untuk kegunaan berat seperti bermain permua yang bergrafik tinggi.
Rangkaian berkenaan kini memasuki siri ketujuh dan Poco bersedia melancarkannya pada 9 Januari akan datang. Ianya terdiri daripada dua model berbeza iaitu Poco X7 Pro dan Poco X7 dengan reka bentuk penuh yang dikongsi melalui beberapa imej promosi rasmi. Terdapat perbezaan amat ketara diantara kedua-dua peranti khususnya rekaan bonggol kamera di bahagian belakang.
Poco X7 Pro menggunakan elemen yang mirip dengan sebuah iPhone 16 melalui bonggol kamera yang menegak. Manakala Poco X7 pula dilihat menyerupai sebuah Huawei Mate 50 dengan bonggol kamera bulat dengan sensor yang disusun dalam grid 2 x 2 bersama LED Flash. Kamera 50MP dengan OIS turut digunakan pada kedua-dua peranti sementara itu lain-lain konfigurasi masih kekal rahsia.
Perbezaan lain juga boleh dilihat melalui jenis binaan sejenis kulit tiruan digunakan pada Poco X7 sementara itu versi Pro pula dilengkapi konsep berasaskan dwi-tona. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti Poco ini.