TikTok Didenda $10 Juta Di Venezuela Kerana Gagal Halang Trend Membawa Maut
Effi Saharudin
TikTok didenda $10 juta oleh mahkamah di Vanezuela selepas didapati gagal menghalang penyebaran cabaran tular yang menyebabkan kematian tiga orang kanak-kanak. Trend tular melibatkan aktiviti menghirup bahan kimia ini juga menyebabkan 200 kanak-kanak lagi mengalami kecederaan.

Mahkamah memberikan TikTok lapan hari untuk membayar dengan dan juga membuka pejabat operasi di Venezuela sekiranya tidak mahu berhadapan dengan tindakan lanjut. Cabaran tular adalah antara sebab TikTok popular khususnya di dalam kalangan orang muda kerana membolehkan mereka melakukan aktiviti yang sama.
TikTok sudah beberapa kali dipersalahkan apabila berlaku insiden disebabkan oleh cabaran tular berbahaya di platform mereka. Ogos lalu mahkamah di Amerika Syarikat membenarkan TikTok disaman disebabkan oleh “blackout challenge” yang menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun.
[sumber] AP News [/sumber]