Carian
Oppo Find N5 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
December 31, 2024 Amy Maizuraa

Oppo mempunyai rangkaian peranti boleh lipat tersendiri di bawah siri N yang memberi fokus terhadap prestasi dan sistem kamera. Sehingga kini Oppo telah menghasilkan beberapa model di bawahnya dan variasi terkini dijangka tiba tidak lama lagi.

Ia berikutan terdapatnya peranti dengan nama Oppo Find N5 telah muncul dalam pangkalan data SIRIM di Malaysia. Ia juga menarik kerana berpotensi menjadi pengganti kepada Oppo Find N3, dan belum dilancarkan di mana-mana pasaran. Peranti ini didaftarkan oleh Jie Business dengan nombor model CPH2671 pada hari ini

Setiap produk yang dijual secara rasmi di Malaysia perlu didaftarkan dengan SIRIM terlebih dahulu. Justeru sudah semestinya peranti ini dijangka boleh tiba di Malaysia dalam masa terdekat. Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Oppo berhubung hal tersebut. Namun bagi anda yang berminat untuk membeli Oppo Find N3 pula harganya di Malaysia ialah RM 6,999 (16GB + 512GB).

Komen