Carian
Mozilla Perkenal Pemalam AI Khusus Untuk Firefox – Orbit
December 31, 2024 Aman

Mozilla kini hadir dengan sebuah pemalam khusus yang membawakan sejumlah ciri-ciri kecerdasan buatan untuk pelayar web Mozilla Firefox, dinamakan sebagai Orbit.

Orbit masih pada peringkat beta, dan menawarkan ciri yang memudahkan pengguna merumuskan sesuatu artikel ketika sedang melayari web, termasuk boleh merumuskan emel, dokumen dan juga video di web. Mozilla mengatakan perkara ini dilakukan oleh Orbit tanpa mengorbankan sebarang privasi pengguna.

Disamping itu, melalui Orbit juga, pengguna boleh bertanyakan soalan berkaitan sesuatu halaman dan mendapatkan jawapan terus daripada Orbit. Mozilla menggunakan Mistral LLM (Mistral 7B) untuk menguasakan Orbit ini. Melalui percubaan kami, ia masih menggunakan bahasa Inggeris dalam merumuskan dan menjawab persoalan. Sementara untuk video, ia tidak boleh digunakan sekiranya sesuatu video tidak mempunyai transkrip.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemalam Orbit hari ini, dan menggunakannya dalam membantu pelayaran web anda. Orbit boleh digunakan melalui pelayar web Firefox tanpa perlu sebarang akaun berdaftar.

Komen