Carian
X Bakal Memfokuskan “X TV” dan “X Money” Pada 2025
January 1, 2025 Aman

X, platform sosial yang dulunya dikenali dengan nama Twitter, kini dilihat memfokuskan kepada sejumlah penambahan ciri-ciri dalam memastikan platform sosial tersebut turut menjadi sebuah “aplikasi super” seumpama penawaran WeChat di China. Selari dengannya, bersempena tahun baharu 2025, CEO Twitter berkongsi beberapa perancangan untuk tahun 2025 ini.

Antaranya adalah X TV dan juga X Money.

X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen. Aplikasi X TV sedia ditawarkan dalam bentuk beta, dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi dengan lebih meluas pada 2025 ini – termasuk dari segi kandungan eksklusif melaluinya.

Disamping itu, X Money pula dilihat sebagai kaedah penggunaan X dalam melakukan pembayaran dan menerima wang. Elon Musk sendiri merupakan sebahagian pasukan PayPal, dan mungkin implementasi X Money adalah lebih kurang sama seperti penawaran PayPal – dan mungkin tertakluk ke pasaran Amerika Syarikat sahaja buat peringkat permulaan.

Selain kedua-dua ciri ini, X turut dijangka akan meneruskan integrasi dan pengenalan ciri baharu melalui Grok.

Seperti biasa, ini perkongsian awal CEO X, dan mungkin kita akan mendengar lanjut lebih terperinci bergerak ke hadapan pada tahun 2025 ini.

Komen