LHDN Mula Memperkenalkan Integrasi MyDigital ID – Untuk Carian Nombor TIN
Aman
Pada tahun 2025 ini, pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi dijangka mula mengintegrasikan penggunaan identiti digital MyDigital ID. Selari dengannya, bermula hari ini, pihak LHDN dilihat telah mula memperkenalkan integrasi untuknya.

Pada hari ini, LHDN memperkenalkan sebuah perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) melalui Portal MyTax. Melaluinya, pengguna boleh melakukan carian TIN masing-masing mahupun syarikat dengan mudah melaluinya. Namun, untuk mengakses perkhidmatan TIN ini, pengguna perlu mempunyai MyDigital ID sebelum dapat menggunakannya.
Bahagian lain pada portal MyTax masih boleh dilog masuk seperti biasa, dan masih belum diaktifkan sepenuhnya integrasi MyDigital ID.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.