Berkuat-kuasa 1 Januari 2025 hari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beralih sepenuhnya ke arah menggunakan sistem nirtunai untuk tujuan pembelian tiket. Peralihan ini akan melibatkan stesen-stesen KTMB utama di Lembah Klang, Utara, Selatan dan juga Pantai Timur.
Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembelian tiket menggunakan aplikasi KTMB Mobile di Android dan iOS. Selain itu, pengguna turut boleh membeli tiket di kaunter tiket KTMB, tetapi pembayaran yang diterima adalah melalui kad MyDebit, kad kredit, dan juga KTM Wallet.
Alternatif lain yang turut ditawarkan adalah pembelian di kios tiket menggunakan kad MyDebit, kad kredit, dompet digital TNG eWallet dan juga Boost. Pengguna turut boleh menggunakan kad MyDebit, kad kredit, dompet digital TNG, Google Pay dan Samsung Pay ketika melalui Pintu Kawalan Automatik.
Dengan langkah ini, KTMB kini beralih sepenuhnya kepada penggunaan pembayaran nirtunai untuk pembelian tiket di kios, kaunter mahupun ketika melalui Pintu Kawalan Automatik, berkuat-kuasa 1 Januari 2025 hari ini.