Berkuat-kuasa hari ini, 1 Januari 2025, ASNB akan mengenakan yuran perkhidmatan sebanyak 0.3% setahun atas pelaburan dalam Ria. Untuk makluman, Ria adalah ciri dalam aplikasi MyASNB yang memfokuskan kepada pelaburan robo – dimana pelaburan diuruskan secara automatik mengikut inovasi teknologi berdasarkan data.
Caj sebanyak 0.3% setahun ini akan dikira atas jumlah pelaburan dalam akaun pelabur, yang diakru setiap hari berdasarkan Nilai Aset Bersih portfolio Ria.
ASNB menekankan tiada sebarang caj atau yuran tersembunyi lain dikenakan terhadap pelaburan dalam Ria, walaupun seseorang pelabur mempunyai beberapa portfolio Ria yang berbeza.