Carian
Tuan Rumah Tanggung Bil Elektrik RM 1.14 Juta Selepas Penyewa Melombong Kripto Secara Haram
January 2, 2025 Effi Saharudin

Seorang tuan rumah di Ipoh terpaksa menanggung bil elektrik berjumlah RM 1,142,511.75 selepas penyewa menggunakan premis milik mereka untuk melakukan perlombongan kripto secara haram. Dalam hantaran di Facebook pada Ahad lalu, dilampirkan notis tuntutan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meminta jumlah ini dibayar dalam masa 14 hari selepas ia diterima sekiranya tidak ingin dikenakan tindakan undang-undang.

Tuan Rumah menemukan operasi perlombongan kripto di sebuah premis komersial milik beliau dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa. Sungguhpun begitu beliau terkejut kerana perlu membayar bil melampau disebabkan operasi penyewa. Di Malaysia tuan rumah menanggung liabiliti sekiranya penyewa tidak melangsaikan bayaran bil utiliti.

Julai lalu TNB mengatakan mereka kerugian hasil tenaga sebanyak RM3.4 bilion sepanjang lima tahun antara 2018-2023. Perlombongan kripto kembali popular sejak awal tahun ini kerana nilainya yang naik mencanak. Skandal FTX, Terraform Labs dan Binance menyebabkan harga wang kripto jatuh dua tahun lalu.

Komen