Carian
LG
LG Melancarkan Ketuhar Gelombang Mikro Dengan Skrin 27″
January 2, 2025 Effi Saharudin

Di pasaran sekarang wujud mesin basuh dan peti sejuk dengan skrin sentuh LCD terbina bagi mengawal peranti berhubung (IoT) di rumah. Sempena CES 2025, LG melancarkan beberapa peralatan dapur pintar baharu di bawah siri LG Signature dengan salah satunya ialah ketuhar gelombang mikro dengan skrin sesentuh.

LG Signature Smart InstaView Over-the-Range Microwave hadir dengan skrin sesentuh 27″ LCD lutsinar di panel hadapan dan juga speaker. Apabila tidak digunakan, kandungan dalam ketuhar gelombang mikro boleh dilihat dari luar. Apabila diaktifkan ia akan kelihatan seperti sebuah skrin LCD biasa dengan resolusi FHD. Pelbagai kandungan video boleh ditonton pada skrin bersama dengan sistem mengawal pelbagai ciri pintar LG ThinQ.

Apabila dipadankan dengan dapur pintar dengan ketuhar konvensional LG, kandungan yang dimasak boleh dipaparkan terus pada skrin ketuhar gelombang mikro yang diletakkan di bahagian atas. Dengan ini tukar masak tidak perlu tunduk ke bawah untuk melihat sama ada proses memasak berjalan dengan lancar. Harga belum diumumkan dengan kesemua siri LG Signature akan diperlihatkan di lantai CES 2025 pada 7 Januari ini.

Komen