Tahun ini, akhirnya Apple dijangka akan memperkenalkan semula iPhone SE generasi baharu. Ia dikatakan akan dijana dengan cip Apple A18, menyokong Apple Intelligence, dilengkapi memori 8GB RAM, menggunakan modem rekaan sendiri dan mungkin akan dijual pada harga lebih mahal.
Apple mungkin akan menyelaraskan penjenamaan iPhone dengan menggunakan nombor. Kerana iPhone SE 2025 atau iPhone SE 4 dikatakan akan digelar sebagai iPhone 16E. Jika ini benar, ia akan menjadi iPhone 16 kelima dilancarkan pada tahun sama siri iPhone 17 diperkenalkan. Buat masa ini penjenamaan akhir masih tidak jelas sama ada adakah ianya akan menjadi iPhone 16e, iPhone 16E atau iPhone 16 SE.
iPhone 16E generasi baharu turut akan menggunakan rekaan moden, seperti sokongan Face ID dan juga sambungan USB-C. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut mengenai perkembangan iPhone SE ini.