ZMI adalah salah satu syarikat di bawah Xiaomi yang menjayakan ekosistem Mi Home. ZMI bertanggungjawab dalam bahagian teknologi bateri dan aksesori. Dua tahun lepas, ZMI bergabung bersama CUKTECH dan kini jenama baharu ini telah menapak secara rasmi di pasaran Malaysia.
CUKTECH mula terkenal sejak tahun awal tahun ini dengan sejumlah koleksi power bank berkuasa pada harga lebih mampu milik. CUKTECH dilihat menawarkan spesifikasi power bank berkuasa dengan pengiktirafan PD, 210W, bateri 40,000mAH dan banyak lagi pada harga lebih murah berbanding Shargeek, Anker, Ugreen.
Kelebihan power ban dari CUKTECH adalah teknologi litar CUK mereka dengan penukaran kuasa low ripple DC ke DC. Berikut adalah senarai power bank yang dijual di Malaysia secara rasmi;
- CUKTECH 30 – RM699.90
- 40,000mAh, 300W, 20W pengecasan nirwayar.
- CUKTECH 20 – RM339.90
- 25,000mAh, 210W, PD 3.1
- CUKTECH 15 – RM174.90
- 20,000mAH, 150W
- CUKTECH 10 – Belum ada harga
- 10,000mAH, 100W, skrin TFT
- CUKTECH 15 Ultra – RM244.90
- 20,000mAh, 165W-MAX dwi-port, pengecasan sendiri, 210W, skrin TFT
Dengan pelancaran secara rasmi ini, produk-produk CUKTECH kini boleh didapatkan melalui Shopee dan Lazada rasmi mereka. Berdasarkan apa yang mereka tawarkan dan jadual spesifikasi, power bank CUKTECH sememangnya canggih dan mempunyai nilai terbaik. Sebagai pengguna yang pernah menggunakan power bank premium ZMI, CUKTECH sepatutnya akan mempunyai ketahanan yang sama.