Carian
OneXOX Menawarkan Pelan Prabayar Bermula RM18 Sebulan Untuk Data Tanpa Had
January 2, 2025 Aman

OneXOX hari ini secara rasminya telah mula menawarkan pelan prabayar baharu mereka, dinamakan sebagai ONE-X Prepaid. Pelan ini ditawarkan kepada semua yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Melalui penawaran One-X Prepaid, ia hadir dengan pelan pada harga bermula RM18 sebulan yang menyediakan pelan data dengan kelajuan 6Mbps, serta tanpa had panggilan suara. Ia dihadkan kepada 50GB dibawah FUP, dan boleh menggunakan data sebanyak 100GB pada kelajuan 512Kbps selepas itu. Pengguna pelan ini turut boleh menggunakan data hotspot sebanyak 10GB.

Disamping itu, One-X Prepaid turut hadir dengan pilihan pelan RM35 sebulan dan RM48 sebulan, masing-masing dengan kuota lebih tinggi. Bagi anda yang inginkan pelan data pada harga rendah, mungkin boleh menyemak penawaran OneXOX hari ini.

Komen