Dua monitor untuk produktiviti juga dilancarkan sempena CES. Samsung Smart Monitor M9 M90SF ialah model paling mercu dan menurut Samsung adalah yang pertama dalam industri hadir dengan ciri kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kualiti visual.
Ia hadir dengan skrin 32” 4K OLED yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 400. Menerusi AI Picture Optimizer, monitor dengan bijak mengubah tetapan mengikut kandungan yang dikesan seperti bekerja, suntingan gambar atau permainan video.
Kualiti visual juga dinaiktaraf menggunakan 4K AI Upscaling Pro yang memastikan visual kelihatan tajam walaupun bukan pada resolusi natif. Seperti siri M terdahulu, M9 juga hadir dengan ciri boleh digunakan seperti TV pintar kerana menggunakan sistem operasi Tizen.
Akhir sekali Samsung ViewFinity S8 S80UD hadir dengan panel 37″ 4K dengan nisbah 16:9 dan melepasi piawaian TÜV Rheinland untuk penjagaan mata. Model tahun ini adalah lebih besar berbanding 32″ tahun lalu. Bagi meningkatkan produktiviti, Viewfinity S8 menyokong suis KVM dengan terdapat kemampuan untuk menyambung tetikus dan papan kekunci. Komputer riba juga boleh dicaj kerana sokongan USB-C 90W.
Harga jualan dan bila ia akan dipasarkan belum lagi diumumkan oleh Samsung.