Carian
Ayuh Hadiri Kejohanan Predator League Asia Pasifik 2025 Di MITEC, 11-12 Januari Ini
January 3, 2025 Ikhwan Nazri

Tahun 2024 baharu sahaja menutup tirainya dan untuk tahun 2025, Acer bakal memulakannya dengan acara paling berprestij yang digemari peminat e-sukan iaitu Predator League Asia Pasifik 2025. Dua permainan popular akan dipertandingkan iaitu Valorant dan juga Dota 2. Lebih dari pertandingan permainan, terdapat banyak aktiviti menarik yang akan menghiasi MITEC, Kuala Lumpur pada 11-12 Januari ini.

Pertamanya adalah Malaysia merupakan tuan rumah untuk kejohanan Predator League Asia Pasifik 2025, dan sebagai tuan rumah, menariknya akan ada liputan langsung dalam Bahasa Malaysia untuk kedua-dua permainan yang dipertandingkan. 2 penyampai popular iaitu ChuChu dan Higen akan bersama penonton bagi mengemaskini liputan dalam BM untuk permainan Valorant. 

Bagi permainan Valorant, terdapat 16 pasukan akan bertanding dan pasukan Unsigned5 merupakan wakil Malaysia yang akan berentap dengan pasukan lain yang hadir dari pelbagai negara, antaranya CNEsports dari Korea Selatan, Disguised dari Singapura, Chaos Alliance dari Hong Kong dan pelbagai lagi.

Seterusnya menyerikan permainan Dota 2 adalah 4 penyampai yang turut serta memberikan liputan dalam Bahasa Malaysia iaitu Sir Cloud, Jering, Mamba dan Flava. Lebih menarik lagi adalah terdapatnya 3 pasukan dari Malaysia yang akan bertanding dalam permainan ini iaitu Myth Avenue Gaming, Sentry Symphony Esports serta TK Esports yang juga merupakan pasukan yang dianggotai wanita secara keseluruhannya. 

Kedua-dua permainan ini akan bermula sebagai perlawanan tertutup namun boleh ditonton secara penstriman, dengan acara kemuncak peringkat separuh akhir dan peringkat akhir kedua-dua permainan ini akan berlangsung pada 11 Januari untuk Valorant, manakala Dota 2 pada 12 Januari. 

Memeriahkan kejohanan ini juga adalah persembahan dari artis tempatan dan juga antarabangsa, antaranya Aina Abdul dan Hael Husaini yang tidak asing dalam industri hiburan tempatan. Malah Aina Abdul turut mendendangkan lagu tema untuk acara kejohanan ini jadi pastinya anda sebagai pengunjung turut dapat bertemu dengan beliau. 

Selain dari itu, artis antarabangsa seperti Sandara Park, Minzy, dan G22 turut akan memeriahkan acara ini, termasuklah juga penggiat cosplayer iaitu Prestonles dan Yingtze. Dan jika anda juga penggiat Cosplay, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi acara Predator Coswalk pada 12 Januari 2025. Acara yang terbuka untuk semua ini menawarkan hadiah bernilai RM 25,000 dan pemenang berpeluang untuk membawa pulang Laptop Predator. 

Kejohanan Predator League Asia Pasific ini akan berlangsung dari 11-12 Januari di MITEC, dan terdapat juga acara yang akan dipertontonkan secara atas talian terutamanya untuk proses pemilihan. Bagi menghadiri acara ini, tiket boleh dibeli serendah RM 129 dan terdapat diskaun 35% yang sedang ditawarkan. Tiket boleh dibeli di laman Ticket2u dan terdapat pelbagai barangan juga yang akan disertakan dengan pembelian tiket.

Jadi bergegaslah anda untuk membeli tiket masuk ke acara Predator League Asia 2025 yang berprestij ini, dan berikan sokongan kepada pasukan Malaysia untuk mengungguli kejohanan ini. 

Datang: Predator League Asia Pacific 2025

Penafian: Advertorial dari Acer Malaysia

Komen