Carian
Telegram Menambah Ciri Calit Pengesahan Identiti Bagi Menentang Penipuan
January 3, 2025 Fahim Zahar

Dua tahun lepas, Twitter Verified Organizations diperkenalkan yang kini menjadi X Verified Organizations. Ia adalah pelan langganan tambahan untuk akaun milik syarikat atau jenama untuk mendapatkan tanda calit tambahan pada profil X masing-masing.

Selain tanda calit rasmi X, setiap akaun di bawah syarikat yang sama turut boleh mendapatkan tanda calit khas. Terbaru, Telegram turut menambah ciri yang sama untuk pemilik akaun mereka. Menurut Telegram ia adalah untuk menentang akaun-akaun palsu yang melakukan kegiatan jenayah.

Akaun-akaun yang layak adalah yang mempunyai perkhidmatan Bot diiktiraf oleh Telegram, dan akaun ini akan menggunakan tanda calit dengan ikon unik. Setiap ikon apabila ditekan akan ada penjelasan kenapa ia diiktiraf dan untuk apa. Menariknya, Telegram tidak meminta sebarang bayaran selain hanya melakukan permohonan untuk mendapatkan tanda calit khas ini.

Bukan itu sahaja, Telegram turut terus memfokuskan kepada sokongan web3 mereka dengan menambahbaik ciri mendapatkan NFT, memberi NFT sebagai hadiah, memberi reaksi kepada mesej servis (jemputan panggilan, penerimaan hadiah, dll) dan menap`is mesej mengikut mesej peribadi, saluran atau kumpulan. Pada masa yang sama sokongan menggunakan emoji sebagai nama folder dan aplikasi kamera Telegram yang boleh terus mengimbas kod QR turut diperkenalkan.

Komen