Samsung Galaxy Ring dilancarkan pada Julai lalu tetapi di pasaran tertentu sahaja. Hari ini Samsung Galaxy Ring ditemukan dalam pangkalan data SIRIM oleh laman Nextrift. Terdapat 9 model cincin disenaraikan dan ini ialah petanda paling awal bahawa pelancaran cincin pintar ini di Malaysia semakin hampir.
Kedengaran ura-ura ia mungkin dilancarkan bulan ini bersama dengan siri Samsung Galaxy S25. Semasa dilancarkan, Samsung mengatakan cincin pintar akan mempunyai kemampuan menjejak pelbagai isyarat kesihatan tubuh sama seperti yang ditawarkan pada sebuah jam tangan pintar. Kelebihannya ialah cincin lebih selesa dipakai membolehkan kesihatan tubuh dijejak walaupun ketika tidur berbanding seutas jam tangan pintar.
Di Amerika Syarikat, sebentuk Galaxy Ring dijual pada harga $399 (~RM 1793) dengan tiga pilihan warna iaitu Titanium Black, Titanium Silver atau Titanium Gold. Samsung menawarkan saiz jari antara 5 ke 13.