Beberapa bank tempatan sedia menambah sokongan untuk Google Wallet. Terbaru, turut menambah sokongan untuk dompet digital Google berkenaan adalah Alliance Bank.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2025/01/Google-Wallet-Alliance-Bank-950x534.jpg)
Melalui penambahan ini, para pengguna kad kredit Visa yang dikeluarkan oleh Alliance Bank Malaysia boleh turut menambah kad mereka ke Google Wallet, dan seterusnya menggunakannya ketika membayar menggunakan Google Wallet.
Google Wallet merupakan aplikasi dan perkhidmatan dompet digital oleh Google, membolehkan pengguna pautkan kad terus ke telefon pintar Android, dan membayar di kedai dengan menyentuh telefon pada terminal pembayaran. Kaedah ini dijayakan melalui penggunaan telefon Android yang menyokong teknologi NFC.
Selain Alliance Bank, antara bank lain yang turut disokong bawah Google Wallet adalah AmBank, Bank Muamalat, CIMB Bank, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan juga Standard Chartered Bank.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2025/01/Google-Pay-Malaysia-818x1280.jpg)