Carian
MSI
Kotak MSI GeForce RTX 5080 Gaming Trio Tertiris Ke Arena Web
January 3, 2025 Nazrin

NVIDIA akan memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 terbaru mereka sewaktu acara CES 2025 yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Terkini, kotak untuk kad grafik MSI GeForce RTX 5080 Gaming Trio telah tertiris ke arena web.

Daripada gambar kotak tersebut, kita dapat lihat bahawa rekaan kad grafik baru ini hampir menyerupai kad grafik MSI GeForce RTX 4080 Gaming X Trio, dengan beberapa perubahan minima. Ia masih tampil dengan sistem penyejukan tiga kipas seperti sebelum ini, dan tiga carikan LED pada kipas tengah.

Dari segi spesifikasi pula, butiran pada kotak ini mengesahkan bahawa kad grafik ini tampil dengan penggunaan memori 16GB GDDR7 dan akan hadir dengan empat palam output, termasuklah tiga palam DisplayPort dan satu palam HDMI seperti biasa, akan tetapi butiran berkenaan format palam-palam ini tidak diketahui buat masa ini.

Kotak kad grafik ini juga mungkin sedikit sebanyak menjawab persoalan model manakah yang akan diperkenalkan oleh NVIDIA terlebih dahulu untuk dijual. Dimana sebelum ini kad grafik siri RTX XX90 akan diperkenalkan dan dijual terlebih dahulu, untuk siri RTX 5000 ini, terdapat kemungkinan besar bahawa kedua-dua kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan RTX 5080 akan diperkenalkan, tetapi model RTX 5080 yang akan dijual dahulu.

Komen