Carian
WPS Office Kini Mempunyai 100 Juta Pengguna Harian
January 4, 2025 Aman

WPS Office merupakan salah satu perisian penyelesaian dokumen pejabat yang popular, dan ditawarkan secara terbina bersama beberapa pembelian peranti. Berbeza dengan Microsoft Office, WPS Office ditawarkan secara percuma, selain pilihan berbayar yang menawarkan ciri tambahan.

Terbaru, ia dikongsikan WPS Office kini mempunyai 100 juta pengguna harian, salah satu pencapaian terbaik serta memperlihatkan penyelesaian pejabat mereka memainkan peranan penting dalam operasi harian pelbagai pengguna seluruh dunia.

Selain pasaran China, WPS Office juga turut popular digunakan di seluruh dunia kerana keserasian perisian berkenaan dengan dokumen Microsoft Office, Excel dan juga PowerPoint. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun WPS Office secara percuma hari ini, dan mencubanya sendiri pada pelbagai jenis peranti anda.

Komen