Apple kini menawarkan AirPods 4 edisi khas bersempena dengan Tahun Baru Cina, pada harga RM829. AirPods 4 baharu ini hadir dengan penawaran yang lebih kurang sama seperti sebelum ini, tetapi menyertakan sebuah rekaan emoji bersempena “Tahun Ular” pada kerangka pengecasan AirPods 4 berkenaan.
Penawaran lain selain rekaan berkenaan adalah sama, termasuk sokongan pembatalan hinggar aktif, mod “Transparency”, dan dikuasakan oleh cip Apple H2. Kerangka pengecas AirPods 4 turut hadir dengan sokongan speaker untuk Find My.
Bagi anda yang ingin mendapatkan AirPods 4 Edisi Terhad Tahun Baru Cina ini, boleh mendapatkannya pada harga RM829 melalui laman rasmi Apple hari ini.