Di CES 2025 Samsung telah memperlihatkan beberapa lagi teknologi skrin boleh gulung da boleh lipat bersaiz lebih besar berbanding yang telah dilancarkan sebelum ini. Teknologi pertama ialah skrin OLED boleh lipat sebesar 18.1″ yang apabila dilihat menjadi skrin sebesar 13.1″. Ia menyokong sentuhan dengan ia menyasarkan penggunaan pada komputer riba.
Turut diperlihatkan ialah skrin boleh gulung Slidable Flex Duet yang berubah daripada saiz 8.1″ ke 12.4″. Skrin ini boleh ditarik daripada kedua-dua sisi. Sementara itu Slidable Flex Solo berubah daripada 13″ ke 17.3″ dan Slidable Flex Duetmemanjang ke atas daripada 5.1″ ke 6.7″.
Kesemua produk skrin di atas memberikan petanda Samsung mungkin akan menawarkan produk sebenar dalam masa terdekat. Sebelum ini prototaip tablet dan komputer riba dengan skrin boleh lipat serta gulung telahpun diperlihatkan Samsung Disney.