Sebanyak 63,652 kandungan berunsur penipuan dalam media sosial diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2024, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching. Jumlah itu menunjukkan peningkatan besar berbanding 6,297 kandungan yang diturunkan pada tahun 2023. Ini menjelaskan bahawa masyarakat mula menunjukkan kesedaran akan kepentingan membuat kesahihan maklumat terutamanya berkaitan isu memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Pihak SKMM turut mengenal pasti penipuan dilakukan termasuk membabitkan penipuan menggunakan video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI). Selain itu penipuan berbentuk tawaran pulangan kompetitif berbanding simpanan biasa menyebabkan ramai menjadi mangsa skim penipuan pelaburan. Justeru itu menyeru kepada pihak berkaitan seperti TikTok dan META supaya meningkatkan usaha pemantauan berikutan peningkatan kandungan khususnya penipuan dalam talian membabitkan AI yang memudaratkan.