Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan bahawa Sistem Penggiliran (QMS) mula digunakan di Bahagian Keselamatan dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bermula hari ini (6 Januari 2025). Pelaksanaan itu bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada pengguna mendapatkan nombor giliran secara dalam talian. Ini sekali gus selari dengan pembentangan Belanjawan 2025 yang bertekad untuk menoktahkah permasalahan melibatkan urusan di kaunter kerajaan dengan semua UTC dibekalkan dengan sistem QMS.
Penggunaan juga mudah dengan hanya memuat-turun aplikasi di App Store dan Google Play Store. Kemudian pilih pejabat imigresen, serta cawangan yang berkaitan untuk terus mendapatkan nombor giliran pada awal pagi sebelum berkunjung ke kaunter Jabatan Imigresen. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan tetapi juga bantu menjimatkan masa. Sistem QMS juga dapat memastikan pengalaman perkhidmatan yang teratur dan lancar di samping memudahkan pengurusan dengan lebih efisien.