Joy-Con adalah alat kawalan permainan untuk konsol mudah alih Nintendo Switch. Ia menggunakan konsep mudah-alih di mana bahagian kawalan di kiri dan kanan konsol boleh ditanggalkan. Joy-Con terus menjadi alat kawalan nirwayar sama ada untuk individu atau untuk multi-pemain.
Alat kawalan yang sama masih digunakan untuk setiap Switch. Akan datang untuk Switch 2, ia akan menggunakan Joy-Con serba baharu. Alat kawalan yang tertiris memperlihatkan gabungan warna kelabu cerah bersama biru cair Nintendo. Saiz butang SL/SR lebih besar dapat kelihatan dan butang tambahan ZR turut kini boleh dilihat.
Berdasarkan imej baharu ini, sambungan Joy-Con baharu mungkin benar tetapi tidak pasti adakah berasaskan magnet atau tidak. Imej memaparkan dua lubang baharu yang mungkin untuk mengukuhkan lagi sambungan dan mengelakkan masalah salah sambung.
Dbrand mendakwa mereka telah pun mempunyai rekaan sebenar dengan kerangka pelindung Kill Switch 2 akan tiba dalam masa terdekat.