Carian
Redmi 14C (5G) Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 4 Gen 2
January 6, 2025 Amy Maizuraa

Redmi 14C (5G) telah diumumkan secara rasminya di India pada hari ini. Secara umum perubahan adalah terletak pada cip pemprosesan dan kamera swafoto semata. Selebihnya pula dilihat sama seperti model Redmi 14C 4G sedia ada. Berkongsi lebih lanjut, peranti mempunyai skrin 6.88″ HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 bersama pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan 128GB. Memori ini turut boleh dikembangkan sehingga 1TB melalui ruang kad microSD.

Redmi melengkapkan lagi peranti dengan kamera utama 50MP, swafoto 8MP, bateri 5160mAh, sistem pengecasan 18W, pengimbas cap jari sisi dan kalis air IP52. Peranti turut boleh didapati dalam pilihan warna Stargaze Black, Starlight Blue dan Stardust Purple pada harga bermula INR9,999 (~RM526) sebuah. Tiada butiran mengenai ketersediaan peranti di Malaysia namun anda masih boleh mendapatkan Redmi 14C (4G) yang berharga RM499.

Komen