Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan Telegram telah menerima lesen operasi media sosial di Malaysia, sekaligus menjadikan ia perkhidmatan ketiga menerima lesen berkenaan. Sebelum ini, perkhidmatan WeChat dan juga TikTok menjadi antara terawal menerima lesen media sosial, yang berkuat-kuasa di Malaysia sejak 1 Januari 2025.
Turut dikongsikan adalah Meta yang mengoperasikan Facebook, Instagram dan WhatsApp turut dalam proses mendapatkan lesen, dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.
Kerajaan telah menetapkan perundangan untuk perkhidmatan media sosial dengan lebih 8 juta pengguna untuk mendapatkan lesen operasi di Malaysia, dalam memastikan platform berkenaan lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kandungan, serta membuang kandungan membahayakan seperti judi dan lucah.
Sebelum ini, ia turut diperkatakan yang mana X mempunyai kurang 8 juta pengguna dan tidak tertakluk dibawah lesen ini, sementara Google sedang berbincang dengan pihak SKMM berkenaan kedudukan YouTube sebagai platform perkongsian video.