Huawei Nova 13i telah diumumkan secara rasmi di Malaysia pada Disember lalu dengan harga jualan RM1,299. Ia disediakan sebagai alternatif lebih mampu milik berbanding dua peranti Nova 13 yang lain. Pada awalnya hanya rekaan dan sebahagian ciri sahaja yang dikongsi. Namun kini Huawei mendedahkan secara rasmi spesifikasi penuh peranti.
Huawei Nova 13i menggunakan skrin sejenis LCD FHD+ bersaiz 6.7-inci. Ia juga dijana dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan perisian EMUI 14.2. Selain itu mempunyai dwi-kamera utama 108MP (utama) + 2MP (kedalaman) dan swafoto sebesar 8MP. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas melalui sistem pengecasan pantas 40W dan port USB-C. Diikuti dengan pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.0 dan NFC sebagai pelengkap.
Anda yang ingin mendapatkan telefon baharu ini boleh membuat pratempahan sekarang sehingga 10 Januari 2025. Sebarang pembelian berkenaan turut diberikan hadiah eksklusif termasuk Huawei Scale 3 dan pelan eksklusif AppGallery secara percuma.