Semalam kami laporan X mula memaparkan butang khas untuk meminta Grok memberikan konteks untuk ciapan yang sedang dibaca. Hari ini sebuah lagi ciri baharu diperkenalkan dengan soalan kepada Grok dipaparkan di bawah setiap ciapan. Ini ialah ciri yang seakan sama dengan ciri semalam cuma dengan pilihan tiga soalan berbeza.
Kami sedari ciri ini muncul awal pagi tadi dengan butang soalan hanya dipaparkan pada ciapan-ciapan tertentu sahaja. Apakah kriteria yang diperlukan sebelum soalan yang telah dipra-tulis ini dipaparkan masih lagi misteri. Tetapi apabila kotak soalan ditekan, jawapan yang diberikan adalah sama sahaja seperti yang diberikan oleh Grok AI semalam.
Maka tidak mengejutkan kesilapan yang sama masih lagi berlaku di mana sumber laman web yang diberikan tidak begitu tepat. Jawapan yang diberikan pula tidak begitu mendalam dan sekadar pemahaman di tahap asas sahaja.