Oppo Malaysia melancarkan beberapa peranti terkini untuk pasaran tempatan hari ini melalui siri Reno13. Ia merupakan peranti yang menggabungkan gaya dan prestasi menarik dalam satu pakej. Selain itu banru meningkatkan produktiviti dan kreativiti pengguna melalui sokongan teknologi AI yang pelbagai.
Oppo Reno13 Pro menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.83-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana cip Mediatek Dimensity 8350 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Diikuti dengan perisian terkini ColorOS 15 yang memanfaatkan pelbagai ciri AI untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Selain itu mempunyai sistem tri-kamera utama dengan tetapan 50MP (OIS), 50MP telefoto dan 8MP ultra-lebar. Kamera hadapan 50MP pula sangat sesuai untuk tangkapan gambar swafoto yang berkualiti tinggi dan juga panggilan video yang jelas. Bateri 5800mAh disertakan dengan pengecasan pantas berwayar 80W melalui port USB-C.
Paling penting ialah telefon ini kalis air IP68/IP69 yang bermakna telefon ini boleh bertahan dalam air hingga kedalaman 1.5-meter selama 30 minit, dan juga tahan debu. Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo, bluetooth 5.3 dan sokongan NFC.
Oppo Reno13 pula dilengkapi skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.59-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 8350, memori 12GB RAM, storan dalaman 512GB dan perisian ColorOS 15 berasaskan Android 15. Ia juga dilengkapi sistem tri-kamera utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP Monochrome dan swafoto sebesar 50MP. Bateri adalah sebesar 5,600mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.
Reno13 dijual di Malaysia bermula harga RM2,299 (12/256GB) dan RM2,599 (12/512GB). Sementara itu Reno13 Pro pula berharga RM2,999 (12/512GB). Setiap pembelian Reno13 didatangkan dengan pelbagai aksesori bernilai RM1,916 yang berupa Enco Buds2 dan pelbagai jaminan tambahan. Pembelian Oppo Reno13 Pro pula diberikan hadiah bernilai RM2,266 yang termasuk Oppo Enco Air4 sepanjang tempoh pra tempahan sehingga 10 Januari 2025.