Carian
Tempahan EV Sony AFEELA 1 Dibuka Pada Harga Bermula $89,900
January 7, 2025 Effi Saharudin

Setelah tiga tahun diacah, kereta elektrik (EV) Sony AFEELA 1 kini boleh ditempah oleh pelanggan berminat di California, Amerika Syarikat. EV ini ditawarkan dalam dua model iaitu AFEELA 1 Origin pada harga $89.900 (~RM 405,673) dan AFEELA 1 Signature $102,9000 (~RM 464,336) sebuah. Signature akan tiba ke tangan pembeli pada pertengahan tahun 2026 sementara Origin pula bermula 2027.

Masih tidak banyak maklumat mengenai EV ini dikongsi oleh Sony. Mereka sekadar mengatakan setiap kenderaan dilengkapi 40 sensor, hadir dengan kemampuan pemprosesan 800 TOPS dan akan menggunakan rangkaian pengecasan Tesla Supercharging.

Ia turut hadir dengan AFEELA Intelligent Drive yang memberikan kemampuan swapandu Tahap 2 dan juga ADAS. Sistem hiburan menyokong Amazon Music, Audible dan Spotify. Sementera itu sistem grafik dalam dan bunyi kenderaan dibangunkan oleh Polyphony Digital yang membangunkan permainan video Gran Turismo.

Signature sebagai model premium dilengkapi rim 21″, dua skrin tambahan pada bahagian belakang dan tiga pilihan warna. Sementara Origin sekadar dilengkapi rim 17″ dan hanya hadir dengan pilihan warna hitam.

Komen