Carian
Oppo Reno 13F 5G Tersedia Di Malaysia Bermula Harga RM1,399
January 7, 2025 Amy Maizuraa

Peranti seterusnya yang diperkenalkan pada hari ini adalah Oppo Reno13F 5G. Walaupun telefon ini berkongsi DNA rekaan yang sama seperti model Reno13  namun masih terdapat beberapa perbezaan yang jelas melaluinya. Berikut spesifikasi penuh untuk Oppo Reno13F 5G di Malaysia.

Oppo Reno13F 5G menggunakan skrin rata AMOLED FHD+ sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Ia juga menjalankan perisian terkini ColorOS 15 yang memanfaatkan pelbagai ciri AI untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Sistem tri-kamera utama terdiri dengan 50MP lebar (f/1.8) + 8MP ultra lebar (f/2.2) + 2MP makro (f/2.4). Selain itu mempunyai kamera swafoto 32MP dengan autofokus terbina. Bateri adalah sebesar 5800mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas 45W dan port USB-C. Selain itu mempunyai NFC, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari sebagai pelengkap.

Reno13F 5G dijual bermula RM1,399 (8/256GB), RM1,499 (12/256GB) dan RM1,799 (12/512GB) dengan pilihan warna Graphite Grey, Plume Purple serta Luminous Blue. Setiap pembelian Oppo Reno13F 5G didatangkan bersama hadiah bernilai RM1916 yang berupa Oppo Enco Buds 2, jaminan pelindungan skrin satu tahun dan jaminan pelbagai wilayah.

Komen