Carian
Oppo Enco Air4 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM249
January 7, 2025 Amy Maizuraa


Aksesori audio Oppo di Malaysia turut dikemaskini dengan penawaran baharu menerusi Enco Air4. Ia hadir dengan rekaan fon telinga nirwayar jenis dalam telinga bersama putik silikon. Selain itu mempunyai pod pengecas berbentuk bujur dengan penjenamaan Oppo di bahagian tengah. Ia juga dilengkapi pemandu audio 12.4mm Dynamic Driver yang menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) terbina.

Diikuti dengan tambatan pantas menerusi bluetooth 5.4 bagi sambungan ke peranti dengan codec AAC/SBC. Bateri 440mAh disertakan boleh berfungsi mencapai 43 jam dengan bantuan pod pengecas. Dalam pada itu, kalis air IP55 menjadikan ia sesuai digunakan untuk aktiviti bersenam. Oppo Enco Air4 dijual di Malaysia pada RM249 dengan pilihan warna putih dan hijau.

Komen