Google Gemini bukan sahaja akan tiba ke jam Wear OS, tetapi turut akan diintegrasikan ke dalam Google TV. Sedikit berbeza, pada Google TV ia tidak akan datang sebagai pembantu maya sebaliknya ia akan menjadi pembaca berita.
Di CES 2025, Google TV memperlihatkan ciri AI baharu yang dijana Gemini iaitu News Brief. News Brief akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai video berita YouTube, berita siaran langsung dan berita-berita di sekitar web. Google akan memastikan, ia hanya mengambil berita daripada sumber yang sahih.
Akan datang, Google ingin mengintegrasikan Gemini ke Google TV bagi menjadikan penggunaan televisyen lebih interaktif. Salah satu adalah menyertakan sensor pada peranti Google TV baharu nanti, kemudian boleh mencari kandungan seperti filem, video dan lain-lain hanya menggunakan bahasa harian atau kaca kunci spesifik. Mungkin mencari “haiwan seakan tikus dengan kawan seakan kayu hidup bertempur” akan memberi cadangan Guardians of the Galaxy.
Kemas kini baharu Google TV akan diperkenalkan secara berperingkat kepada peranti dan televisyen Google TV sedia ada serta turut akan terus tiba pada peranti generasi baharu bermula hujung tahun 2025.