Carian
Toyota Melabur Pada Syarikat Pengangkutan Angkasa, Memfokuskan Roket
January 7, 2025 Aman

Toyota sedia mempunyai sejumlah penawaran dalam pengangkutan di Bumi, dan kini dalam usaha melihat lebih jauh, Toyota mengatakan syarikat tersebut sedang melihat kepada roket, dan melabur pada Interstellar Technologies yang sedia memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur angkasa, termasuk pembangunan roket.

Untuk peringkat permulaan ini, arena angkasa dilihat dalam menawarkan sokongan telekomunikasi yang sepatutnya ketika pengguna sedang bergerak, apatah lagi ketika era kenderaan pintar masa kini. Namun, pada acara CES 2025, Toyota turut mengacah idea pengangkutan angkasa yang boleh membawa manusia dari Bumi ke destinasi lain di angkasa seperti Bulan dan sebagainya.

Selain pelaburan ini dan fokus terhadap roket, Toyota juga turut bekerjasama dengan Agensi Angkasa Jepun dalam membangunkan kemudahan untuk membawa angkasawan ke permukaan bulan.

Komen